GUBAHAN LIRIK LAGU DIKIR BARAT : SATU PENGENALAN
Dalam seni persembahan dikir barat pecahan cabang kepada ilmu yang ada adalah pelbagai. Antaranya adalah dari segi muziknya, peralatannya, kaedah persembahan, struktur pangkat dan lain lagi. Daripada cabang yang meluas ini aku ingin memetik satu ranting halus yang turut menjadi konteks penting kepada struktur dikir barat itu sendiri iaitu lirik kepada lagu-lagu dikir barat terutama lagu jogho.
Gubahan lirik-lirik kepada lagu dikir barat merupakan hasil prasasti rasa seni seorang pendikir. Daripada pemerhatian yang terus resap dan faham kepada sesuatu konteks, lirik lagu dikir barat digubah dengan kata-kata yang indah seindah rupa yang digabungkan dengan alunan mendayu-dayu irama lagu dikir barat menjadikan ia tidak lekang dek panas mahupun lapuk dek hujan.
Dua jenis lirik dikir barat yang utama dalam persembahan yang lazim ialah lirik lagu ‘Jogho’ dan lirik lagu nyanyian (karut, matang, kreatif dan yengki). Perbezaan antara kepelbagaian dalam ‘genre’ lagu tersebut akan diutarakan kemudian. Pada artikel kali ini, skop penulisan hanyalah akan berkisar mengenai konsep gubahan lirik lagu ‘Jogho’ sahaja.
Lirik-lirik lagu ‘Jogho’ yang digubah biasanya adalah bersandarkan tema-tema tertentu. Hal ini bergantung pada tujuan lirik lagu tersebut akan digunakan. Contohnya lirik bagi persembahan korporat atau komersial, lirik digubah supaya relevan dengan majlis korporat itu tema pada waktu tertentu. Contoh kepala lagu bagi persembahan dikir barat pada majlis hari raya adalah seperti berikut:
“Aidilfitri Kini Dah Tiba, Setahun Sekali Menjelma
Diwarisi berkurun Lama, Jadi Tradisi Amalan Mulia.â€
[Aidilfitri, Hit Warisan Muda Maskobi, Oktober 2008]
Lirik lagu yang digubah bagi nyanyian komersial pula biasanya ditujukan kepada pendengar-pendengar yang muda dan pada kebiasaan lebih bersifat memuji-muji kecantikan dan perwatakan seorang wanita. Lirik lagu seperti ini diperhatikan lazimnya menjadi siulan pada setiap masa kepada peminat dan penggiat seni dikir barat. Berikut adalah beberapa contoh-contoh lirik lagu dikir barat yang digubah dan telah dikomersialkan oleh beberapa orang ‘Tok Jogho’:
“Siapa Dia Si Cantik Jelita,
Bila Bersua Kelu Tak Terkata,
Jelingan Mata, Gelor Di Jiwa
Ku Jatuh Cinta, Aku Tergodaâ€
[Panahan Asmara, Hit Warisan Muda Maskobi, Oktober 2008]
“Rindu Rindu, Hatiku Rindu,
Kepada Mu, Oh Juwitaku,
Bilakah Lagi Sayang, Kita bertemu,
Gelora Rindu Kian Menghiris Kalbuâ€
[Rindu Merindu, Zaidi Buluh Perindu (ZBP), 1998]
“Sejak Mula Bertentang Mata,
Lidah Kelu Tak Terkata,
Dengan Dia yang Baik Hati Budinya,
Cantik Rupanya Umpama Sekuntum Bunga,
Sudikah Dikau Hidup Bersama.â€
[Mula Bertentang Mata, Mail Anak Kala, 2002]
Selain itu, lirik lagu-lagu ‘Jogho’ yang lama juga tidak boleh diabaikan sama sekali gubahan-gubahannya. Apresiasi penggubah lirik lagu dikir barat untuk dikomersialkan menjadi evergreen dan dilagukan oleh penggiat dikir barat pada setiap masa sebagai lagu ratib asas* dalam latihan dikir barat. Berdasarkan pemerhatian, subjek eulogi kisah cinta dan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita sangatlah lazim dipersembahkan kepada penonton. Contoh lirik yang boleh dikaitkan secara langsung dengan kenyataan ini adalah:
[*ratib asas ‘Panah enjin’ : Nyanyian permulaan lagu-lagu lazim komersial yang mudah dan diingati oleh kebanyakan penggiat/ahli dikir barat. Biasanya lagu ratib asas ni adalah permulaan untuk latihan bagi kumpulan dikir barat di peringkat lebih maju dalam persembahan, sebelum lagu-lagu sebenar dinyanyikan. ]
“Hasratku Ingin Memilikmu,
Sebagai Penyeri Hidupku,
Bagiku Dirimu Umpama Ratu,
Kaulah Satu Dalam Seribu.â€
[Hasratku, Aripin Ana, tahun tak tahu]
“Marilah Kita Imbas Kembali,
Kisah Cinta Rumie dan Julie,
Mahal Nilainya Tidak Terperi,
Hidup Bersama Mati Pun Sekali.â€
[Kisah Rumie dan Julie, Daud Bukit Abal, tahun tak tahu]
Lirik-lirik seperti ini seolah-olah menjadi kepuasan kepada penonton dan penggiat dikir barat. Trend menggubah kisah-kisah cinta dalam lirik lagu jogho memang menjadi satu paten zaman bagi mengulit jiwa penggemar dikir barat terhadap subjek. Kisah-kisah sebegini lazimnya diperoleh daripada pengalaman peribadi pendikir atau melalui cerita orang-orang di sekeliling.
Selain itu, evolusi gubahan lirik juga membuahkan hasil yang menarik terhadap tema-tema patriotik, mengenang budi dan kepelbagaian tema. Canggihnya, penggubah lirik lagu dikir barat pada zaman dahulu tidak mempunyai kependidikan yang formal hingga ke peringkat pengajian doktor falsafah. Namun demikian, keelokan peri bahasa yang diguna pakai dalam gubahan lirik menepati tujuan penceritaan dibuat.
Tema yang digubah dapat diperhatikan melalui pengecaman pada kepala lagu (solo) pada permulaan lagu Jogho. Semua contoh yang diberikan adalah merupakan permulaan lirik lagu jogho. Sekiranya penggiat dikir barat tidak berupaya memerhatikan permulaan letak lagu jogho, kemungkinan faham lagu tidak begitu meresap kepada seorang penggiat dikir tersebut.
Salah satu feature dalam tema gubahan lirik lagu jogho iaitu Tema berkias. Berdasarkan pemerhatian, ia adalah salah satu tabiat semulajadi orang Melayu Kelantan dalam aspek menyampaikan teguran secara tidak langsung (berlapik) kepada masyarakat atau pendengar sasaran. Makna lirik tersebut tidaklah semata-mata kosong atau hanya rekaan jua. Contohnya:
“Secara tak langsung, Dituduh Aku,
Tak Pandai Pantun, Nok Karang Lagu,
Bakpo Angkuh, Sangat Dirimu,
Nanggong Sombong, (weh) Begitu Laluâ€
[Dituduh Aku, Arifin Ana, Tahun tak tahu]
“Wahai Anakku, Si Manja Diriba,
Sepeninggalan Ayah, Bukan Sengaja,
Tak Sanggup Mendengar Maki Hamun Dicela,
Katanya Aku, Jauh Berbeza.â€
[Wahai Anakku, Ariffin Ana, Tahun tak tahu]
Berdasarkan faham dan sumber lisan penggiat dikir, kedua-dua lagu gubahan Jogho Tersohor daripada Teras yang Empat Arifin Ana, ingin menyampaikan mesej kepada orang yang rapat denganya bahawa sebagai penggiat dikir barat. Mesej tersebut meminta bahawa tidak mahu lagi dicela sebagai penggiat dikir barat. Hal ini diperkuatkan yang mana era dikir barat tidak ketika itu tidak seperti hari ini. Apresiasi persembahan dikir barat pada masa itu hanyalah sekadar permainan dan persembahan orang-orang kampung yang mempunyai masa luang selepas musim padi menuai. Justeru lagu-lagu sedemikian digubah dan banyak lagi lagu lagu tema kias.
Namun demikian, ia bukan bermakna pemberontakan seni itu negatif. Sebailknya, pada hari ini, lagu-lagu yang digubah sedemikian diperhatikan menjadi iktibar dan tauladan kepada penggiat dan penggemar dikir barat melalui mesej yang disampaikan.
Rabu, 17 Maret 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
aaaaaaaaaaaa
BalasHapus