Rabu, 17 Maret 2010

Hati Tenang Menggingat Allah

Posted by . on 27 July 2009

Rate This
Quantcast


allah

Menurut penelitian oleh David B Larson dan timnya dari the American National Health Research Center [Pusat Penelitian Kesehatan Nasional Amerika], pembandingan antara orang Amerika yang taat dan yang tidak taat beragama telah menunjukkan hasil yang sangat mengejutkan. Sebagai contoh, dibandingkan mereka yang sedikit atau tidak memiliki keyakinan agama, orang yang taat beragama menderita penyakit jantung 60% lebih sedikit, tingkat bunuh diri 100% lebih rendah, menderita tekanan darah tinggi dengan tingkat yang jauh lebih rendah, dan angka perbandingan ini adalah 7:1 di antara para perokok.
Ibadah dan keimanan kepada Allah memiliki lebih banyak pengaruh baik pada kesehatan manusia daripada keimanan kepada apa pun yang lain.

Dalam sebuah pengkajian yang diterbitkan dalam International Journal of Psychiatry in Medicine, sebuah sumber ilmiah penting di dunia kedokteran, dilaporkan bahwa orang yang mengaku dirinya tidak berkeyakinan agama menjadi lebih sering sakit dan mempunyai masa hidup lebih pendek. Menurut hasil penelitian tersebut, mereka yang tidak beragama berpeluang dua kali lebih besar menderita penyakit usus-lambung daripada mereka yang beragama, dan tingkat kematian mereka akibat penyakit pernapasan 66% lebih tinggi daripada mereka yang beragama.

Para pakar psikologi yang sekuler cenderung merujuk angka-angka serupa sebagai “dampak kejiwaan”. Ini berarti bahwa keyakinan agama meningkatkan semangat orang, dan hal ini berpengaruh baik pada kesehatan. Penjelasan ini mungkin sungguh beralasan, namun sebuah kesimpulan yang lebih mengejutkan muncul ketika orang-orang tersebut diperiksa. Keimanan kepada Allah jauh lebih kuat daripada pengaruh kejiwaan apa pun. Penelitian yang mencakup banyak segi tentang hubungan antara keyakinan agama dan kesehatan jasmani yang dilakukan oleh Dr. Herbert Benson dari Fakultas Kedokteran Harvard telah menghasilkan kesimpulan yang mencengangkan di bidang ini. Walaupun bukan seorang yang beragama, Dr. Benson telah menyimpulkan bahwa ibadah dan keimanan kepada Allah memiliki lebih banyak pengaruh baik pada kesehatan manusia daripada keimanan kepada apa pun yang lain. Benson menyatakan, dia telah menyimpulkan bahwa tidak ada keimanan yang dapat memberikan banyak kedamaian jiwa sebagaimana keimanan kepada Allah.

Apa yang mendasari adanya hubungan antara keimanan dan jiwa raga manusia ini? Kesimpulan yang dicapai oleh sang peneliti sekuler Benson adalah, dalam kata-katanya sendiri, bahwa jasmani dan ruhani manusia telah dikendalikan untuk percaya kepada Allah.

Kenyataan ini, yang oleh dunia kedokteran pelan-pelan telah mulai diterima, adalah sebuah rahasia yang dinyatakan dalam Al Qur’an dengan kalimat ini “…Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ra’d, 13:28). Alasan mengapa orang-orang yang beriman kepada Allah, yang berdoa dan berharap kepada-Nya, lebih sehat secara ruhani dan jasmani adalah karena mereka berperilaku sesuai dengan tujuan penciptaan mereka. Filsafat dan sistem yang tidak selaras dengan penciptaan manusia selalu mengarah pada penderitaan dan ketidakbahagiaan.

Kedokteran modern sekarang sedang mengarah menuju pemahaman tentang kebenaran ini. Seperti kata Patrick Glynn: “Penelitian ilmiah di bidang psikologi selama lebih dari 24 tahun silam telah menunjukkan bahwa, … keyakinan agama adalah satu di antara sejumlah kaitan paling serasi dari keseluruhan kesehatan jiwa dan kebahagiaan.”

GUBAHAN LIRIK LAGU DIKIR BARAT : SATU PENGENALAN

Dalam seni persembahan dikir barat pecahan cabang kepada ilmu yang ada adalah pelbagai. Antaranya adalah dari segi muziknya, peralatannya, kaedah persembahan, struktur pangkat dan lain lagi. Daripada cabang yang meluas ini aku ingin memetik satu ranting halus yang turut menjadi konteks penting kepada struktur dikir barat itu sendiri iaitu lirik kepada lagu-lagu dikir barat terutama lagu jogho.

Gubahan lirik-lirik kepada lagu dikir barat merupakan hasil prasasti rasa seni seorang pendikir. Daripada pemerhatian yang terus resap dan faham kepada sesuatu konteks, lirik lagu dikir barat digubah dengan kata-kata yang indah seindah rupa yang digabungkan dengan alunan mendayu-dayu irama lagu dikir barat menjadikan ia tidak lekang dek panas mahupun lapuk dek hujan.

Dua jenis lirik dikir barat yang utama dalam persembahan yang lazim ialah lirik lagu ‘Jogho’ dan lirik lagu nyanyian (karut, matang, kreatif dan yengki). Perbezaan antara kepelbagaian dalam ‘genre’ lagu tersebut akan diutarakan kemudian. Pada artikel kali ini, skop penulisan hanyalah akan berkisar mengenai konsep gubahan lirik lagu ‘Jogho’ sahaja.

Lirik-lirik lagu ‘Jogho’ yang digubah biasanya adalah bersandarkan tema-tema tertentu. Hal ini bergantung pada tujuan lirik lagu tersebut akan digunakan. Contohnya lirik bagi persembahan korporat atau komersial, lirik digubah supaya relevan dengan majlis korporat itu tema pada waktu tertentu. Contoh kepala lagu bagi persembahan dikir barat pada majlis hari raya adalah seperti berikut:

“Aidilfitri Kini Dah Tiba, Setahun Sekali Menjelma
Diwarisi berkurun Lama, Jadi Tradisi Amalan Mulia.”
[Aidilfitri, Hit Warisan Muda Maskobi, Oktober 2008]

Lirik lagu yang digubah bagi nyanyian komersial pula biasanya ditujukan kepada pendengar-pendengar yang muda dan pada kebiasaan lebih bersifat memuji-muji kecantikan dan perwatakan seorang wanita. Lirik lagu seperti ini diperhatikan lazimnya menjadi siulan pada setiap masa kepada peminat dan penggiat seni dikir barat. Berikut adalah beberapa contoh-contoh lirik lagu dikir barat yang digubah dan telah dikomersialkan oleh beberapa orang ‘Tok Jogho’:

“Siapa Dia Si Cantik Jelita,
Bila Bersua Kelu Tak Terkata,
Jelingan Mata, Gelor Di Jiwa
Ku Jatuh Cinta, Aku Tergoda”
[Panahan Asmara, Hit Warisan Muda Maskobi, Oktober 2008]

“Rindu Rindu, Hatiku Rindu,
Kepada Mu, Oh Juwitaku,
Bilakah Lagi Sayang, Kita bertemu,
Gelora Rindu Kian Menghiris Kalbu”
[Rindu Merindu, Zaidi Buluh Perindu (ZBP), 1998]

“Sejak Mula Bertentang Mata,
Lidah Kelu Tak Terkata,
Dengan Dia yang Baik Hati Budinya,
Cantik Rupanya Umpama Sekuntum Bunga,
Sudikah Dikau Hidup Bersama.”
[Mula Bertentang Mata, Mail Anak Kala, 2002]

Selain itu, lirik lagu-lagu ‘Jogho’ yang lama juga tidak boleh diabaikan sama sekali gubahan-gubahannya. Apresiasi penggubah lirik lagu dikir barat untuk dikomersialkan menjadi evergreen dan dilagukan oleh penggiat dikir barat pada setiap masa sebagai lagu ratib asas* dalam latihan dikir barat. Berdasarkan pemerhatian, subjek eulogi kisah cinta dan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita sangatlah lazim dipersembahkan kepada penonton. Contoh lirik yang boleh dikaitkan secara langsung dengan kenyataan ini adalah:

[*ratib asas ‘Panah enjin’ : Nyanyian permulaan lagu-lagu lazim komersial yang mudah dan diingati oleh kebanyakan penggiat/ahli dikir barat. Biasanya lagu ratib asas ni adalah permulaan untuk latihan bagi kumpulan dikir barat di peringkat lebih maju dalam persembahan, sebelum lagu-lagu sebenar dinyanyikan. ]

“Hasratku Ingin Memilikmu,
Sebagai Penyeri Hidupku,
Bagiku Dirimu Umpama Ratu,
Kaulah Satu Dalam Seribu.”
[Hasratku, Aripin Ana, tahun tak tahu]

“Marilah Kita Imbas Kembali,
Kisah Cinta Rumie dan Julie,
Mahal Nilainya Tidak Terperi,
Hidup Bersama Mati Pun Sekali.”
[Kisah Rumie dan Julie, Daud Bukit Abal, tahun tak tahu]

Lirik-lirik seperti ini seolah-olah menjadi kepuasan kepada penonton dan penggiat dikir barat. Trend menggubah kisah-kisah cinta dalam lirik lagu jogho memang menjadi satu paten zaman bagi mengulit jiwa penggemar dikir barat terhadap subjek. Kisah-kisah sebegini lazimnya diperoleh daripada pengalaman peribadi pendikir atau melalui cerita orang-orang di sekeliling.

Selain itu, evolusi gubahan lirik juga membuahkan hasil yang menarik terhadap tema-tema patriotik, mengenang budi dan kepelbagaian tema. Canggihnya, penggubah lirik lagu dikir barat pada zaman dahulu tidak mempunyai kependidikan yang formal hingga ke peringkat pengajian doktor falsafah. Namun demikian, keelokan peri bahasa yang diguna pakai dalam gubahan lirik menepati tujuan penceritaan dibuat.

Tema yang digubah dapat diperhatikan melalui pengecaman pada kepala lagu (solo) pada permulaan lagu Jogho. Semua contoh yang diberikan adalah merupakan permulaan lirik lagu jogho. Sekiranya penggiat dikir barat tidak berupaya memerhatikan permulaan letak lagu jogho, kemungkinan faham lagu tidak begitu meresap kepada seorang penggiat dikir tersebut.

Salah satu feature dalam tema gubahan lirik lagu jogho iaitu Tema berkias. Berdasarkan pemerhatian, ia adalah salah satu tabiat semulajadi orang Melayu Kelantan dalam aspek menyampaikan teguran secara tidak langsung (berlapik) kepada masyarakat atau pendengar sasaran. Makna lirik tersebut tidaklah semata-mata kosong atau hanya rekaan jua. Contohnya:

“Secara tak langsung, Dituduh Aku,
Tak Pandai Pantun, Nok Karang Lagu,
Bakpo Angkuh, Sangat Dirimu,
Nanggong Sombong, (weh) Begitu Lalu”
[Dituduh Aku, Arifin Ana, Tahun tak tahu]

“Wahai Anakku, Si Manja Diriba,
Sepeninggalan Ayah, Bukan Sengaja,
Tak Sanggup Mendengar Maki Hamun Dicela,
Katanya Aku, Jauh Berbeza.”
[Wahai Anakku, Ariffin Ana, Tahun tak tahu]

Berdasarkan faham dan sumber lisan penggiat dikir, kedua-dua lagu gubahan Jogho Tersohor daripada Teras yang Empat Arifin Ana, ingin menyampaikan mesej kepada orang yang rapat denganya bahawa sebagai penggiat dikir barat. Mesej tersebut meminta bahawa tidak mahu lagi dicela sebagai penggiat dikir barat. Hal ini diperkuatkan yang mana era dikir barat tidak ketika itu tidak seperti hari ini. Apresiasi persembahan dikir barat pada masa itu hanyalah sekadar permainan dan persembahan orang-orang kampung yang mempunyai masa luang selepas musim padi menuai. Justeru lagu-lagu sedemikian digubah dan banyak lagi lagu lagu tema kias.

Namun demikian, ia bukan bermakna pemberontakan seni itu negatif. Sebailknya, pada hari ini, lagu-lagu yang digubah sedemikian diperhatikan menjadi iktibar dan tauladan kepada penggiat dan penggemar dikir barat melalui mesej yang disampaikan.
SATU JAM BERSAMA SYEIKH ABDULLAH BASYFAR

Boleh jadi ini sebagai laporan atas kunjungan seorang imam dari Jeddah ke
masjid Kobe, Jepang pada hari Ahad tanggal 28 Mei 2000.

Beliau adalah as-syeikh Abdullah Basyfar. Kedudukannya sebagai seorang imam
di Kota Jeddah, dan pengajar di Universitas Ummul Qurro, barangkali cukup
untuk melukiskan ke'alimannya. Beliau juga dikaruniai Allah suara bagus yang
dipakainya untuk menghiasi bacaan qur'an dan mengajar tilawah. Boleh jadi
selain saya ada diantara kita yang punya kaset rekaman tilawah beliau.

Selepas jama'ah sholat dluhur as-syeikh duduk di depan jama'ah untuk satu
nasehah. Saya dengar ceramahnya dalam bahasa Arab tentang keutamaan sholat,
keutamaan khusuk dalam sholat, serta keutamaan dzikkir dan majlis dzikkir.
Hujjahnya berdasarkan dalil qur'an, hadits dan atsar salafushsholeh.
Disamping kenikmatan duduk di majlis ta'lim saya merasakan kenikmatan
melihat beliau seolah melihat seorang shahabat nabi. Sayang tidak ada ruh
dalam terjemah bahasa Inggrisnya.

Selepas acara ceramah, alhamdulillah, saya dikaruniai kesempatan ikut
menemani makan, di restoran India yang menyediakan menu halal. Sengaja saya
duduk didepan beliau buat kuamati cara makan, cara bicara, juga cara
diamnya. Saya berharap disana ada hikmah. Alhamdulillah, Allah memberi apa
yang kupinta. Saya lihat ucapannya penuh hikmah, qur'an dan hadits keluar
dengan mudah. Pada saat yang sama kuamati reaksi dari yang duduk disebelah,
dimana ada yang ahlus sunnah ada pula yang suka bid'ah. InsyaAllah, saya
bisa belajar dari setiap aksi dan reaksi. Saya ingat perkataan sahabat
"Beruntunglah orang yang bisa mengambil peljarana dari orang lain". Benar
pula memang firman Allah dalam surat Az-Zumar yang artinya, "Apakah sama
orang yang tahu dan orang yang tidak tahu?". Kenikmatan menu india telah
hilang dari ingatan, tapi kenikmatan duduk bersama seorang ulama ahlus
sunnah masih membekas di hati.

Kemudian, alhamdulillah, Allah karuniai kami kesempatan ikut pergi ziarah ke
kuburan muslim, untuk yang kesekian kalinya, di daerah Futaba, gunung Rokko.
Adalah karunia Allah buat orang asing di Kobe, dimana setahu saya hanya kota
inilah diseluruh Jepang yang menyediakan kuburan buat orang asing yakni
untuk yang beragama Islam, Kristen dan Yahudi. Kalaupun ada yang lain maka
ia di Yamanasiken yang berafiliasi ke asosiasi muslim Jepang, itupun harus
beli. Pengantar kami adalah seorang tokoh jama'ah Tabligh yang juga
sekretaris masjid Kobe. Disepanjang jalan kudengar as-syeikh berbincang
dengan pengantar tersebut dalam bahasa Arab. Saya tidak bisa menangkap
kecuali bila mereka menyebut ayat qur'an atau hadits. Namun dapat kupastikan
mereka banyak mendiskusikan tentang makna LAA ILAAHA ILLA ALLAH dan
tokoh-tokoh yang telah menegakkannya. Tak kulihat amalah khusus as-syeik di
kuburan kecuali bacaan do'a yang telah banyak tersebut dalam hadits.

Satu jam berlalu bersama as-syeik Abdullah Basyfar, kami pun kembali ke
masjid Kobe buat sholat asyar. Kemudian as-syeik kembali ke Tokyo untuk
hadir di suatu muktamar, di Arabic Islamic Institute, yang mana banyak tokoh
politik dan agama yang hadir, sayang saudara kita di Tokyo rupanya tidak
ikut mendaftar.

Satu jam berlalu bersama as-syeik Abdullah Basyfar mengingatkan pernyataan
Imam Syafi'i sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi dalam talbis Iblis
bahwa bila beliau (Imam Syafi'i ) bertemu ahlul hadits merasa seolah bertemu
seorang sahabat nabi.

Ya Allah pertemukanlah kami dengan syeik Abdullah Basyfar di surga yang
telah Kau janjikan.